Waytha_Moorthy_Ponnusamy
Waytha_Moorthy_Ponnusamy

Waytha_Moorthy_Ponnusamy

Waytha Moorthy Ponnusamy kadangkala dieja Waythamoorthy (Tamil: வேதமூர்த்தி பொன்னுசாமி, translit. Vētamūrtti poṉṉucāmi lahir pada 16 Julai 1966) merupakan seorang ahli politik, peguam dan aktivis Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Senator di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan juga merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.[1][2] Beliau merupakan seorang Barrister dari Lincoln's Inn dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam di Malaysia pada tahun 1997. Kerja Waytha melibatkan litigasi kepentingan awam berhubung penangkapan tidak sah, kematian yang menyalahi undang-undang dalam tahanan polis, pembunuhan beramai-ramai dan juga; penyalahgunaan polisi tahanan; penafian pemberian status kewarganegaraan kepada masyarakat etnik India yang dilahirkan di Malaysia, memaksa penukaran agama masyarakat etnik India ke Islam, pemusnahan yang tidak sah terhadap Kuil Hindu atau tempat ibadat; dan penolakan pampasan kerajaan kepada pekerja Ladang masyarakat India. Banyak kerja-kerja Waytha telah dijalankan atas dasar pro bono disebabkan kekurangan dana awam yang diperuntukkan kepada bidang undang-undang. Beliau terkenal di kalangan kaum India Malaysia sebagai Pengasas HINDRAF dan juga bagi kempen domestik dan antarabangsa untuk memerangi diskriminasi terhadap penganut agama Hindu Malaysia.[3]

Waytha_Moorthy_Ponnusamy

Lahir (1966-07-16) 16 Julai 1966 (umur 53)
Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Timbalan Datuk Wira Dr. Mohamad Farid Md Rafik
Pekerjaan Peguam dan aktivis hak asasi manusia
Didahului oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sri Joseph Kurup
Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional)
Pasangan Nagesvary Karuppen
Digantikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Halimah Mohd Sadique
Sebagai Menteri Perpaduan Negara
Hubungan P. Uthayakumar (abang)
Parti politik HINDRAF
(sebahagian dalam Pakatan Harapan bersama AMANAH, PPBM, DAP, PKR & WARISAN)
Bapa Ponnusamy Arunasalam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Rujukan

WikiPedia: Waytha_Moorthy_Ponnusamy http://www.abc.net.au/radionational/programs/archi... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://powerpresent.blogspot.com/2007/11/rm85-mill... http://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2013/03/my-exp... http://www.freechoudhury.com/HRDI.htm http://www.malaysiakini.com/news/230509 http://www.theedgemarkets.com/article/hindraf-says... http://www.theedgemarkets.com/article/waythamoorth... http://www.uscirf.gov/news-room/press-releases/mal...