Kerjaya Wendy_(penyanyi)

Pra-debut dan S.M. Rookies

Pada tahun 2010, beliau menghantar uji bakat dalam talian untuk Ujibakat Global Koreaboo Cube Entertainment 2011. Walaupun bukan pemenang terakhir, beliau merupakan salah seorang daripada lima belas finalis yang dipilih sendiri oleh penyanyi, G.NA dan Koreaboo daripada lebih 5,000 video untuk layak ke pusingan akhir di Vancouver, British Columbia, Kanada dan membuka persembahan solo G.NA.[10][11]

Wendy telah dipilih oleh SM Entertainment selepas menjalani Ujibakat Global S.M. di Kanada pada tahun 2012 dan diperkenalkan sebagai ahli kumpulan pra-debut S.M. Entertainment, SM Rookies pada 14 Mac 2014.[12] Sebagai sebahagian daripada SM Rookies, Wendy mengeluarkan lagu "Because I Love You" untuk runut bunyi drama Mnet, Mimi dan muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[12][13][14]

Pada 1 Ogos 2014, Wendy membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet.[15]

2015–sekarang: Aktiviti solo

Wendy berkolaborasi bersama penyanyi rap, Yuk Jidam untuk lagu "Return" yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi drama KBS2, Who Are You: School 2015. Lagu ini dikeluarkan pada 8 Jun 2015 dan membuat debut di tempat ke-31 di dalam Carta Lagu Gaon.[16][17][18] Beliau mengeluarkan sebuah lagi lagu, "Let You Know" untuk runut bunyi drama JTBC, D-Day pada 16 Oktober.[19]

Pada bulan Januari 2016, Wendy menjadi seorang ahli panel jangka panjang di dalam We Got Married dan mengambil bahagian sebagai peserta di dalam King of Mask Singer di bawah nama samaran, "Space Beauty Maetel".[20][21] Pada bulan Mac 2016, beliau berkolaborasi bersama Eric Nam untuk lagu "Spring Love" sebagai sebahagian daripada projek SM Station.[22] Lagu ini menduduki tempat ke-7 di dalam Carta Digital Gaon. Pada bulan Julai 2016, Wendy dan Seulgi mengeluarkan lagu bertajuk "Don't Push Me" untuk runut bunyi drama Uncontrollably Fond. Pada bulan Oktober 2016, beliau menjadi ahli panel rancangan KBS, Trick & True bersama Irene.[23] Pada bulan Disember 2016, Wendy mengambil bahagian di dalam dua lagu untuk projek SM Station, "Have Yourself a Merry Little Christmas", menampilkan Moon Jung-jae dan Nile Lee serta lagu "Sound of Your Heart", sebuah kolaborasi bersama beberapa artis SM Entertainment.[24][25] Pada bulan yang sama, beliau ditampilkan di dalam versi Bahasa Inggeris lagu Ricky Martin, "Vente Pa' Ca".[26]

Wendy mengeluarkan lagu "I Can Only See You" bersama Seulgi pada bulan Januari 2017 untuk runut bunyi drama KBS2, Hwarang.[27] Pada bulan Februari, beliau menyanyikan versi Bahasa Korea lagu "My Time" yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi asal Elena of Avalor dan juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[28] Pada bulan yang sama, beliau menjadi pengacara rancangan KBS World, K-Rush. Pada 27 Oktober, beliau bersama Kangta dan Seulgi mengeluarkan sebuah buatan semula lagu tahun 2001, "인형 (Doll)" oleh Shin Hye-sung dari Shinhwa dan Lee Ji-hoon sebagai sebahagian daripada musim kedua projek SM Station. Video muzik lagu ini menggunakan rakaman dari persembahan langsung mereka di SMTOWN LIVE TOUR V in JAPAN dan dikeluarkan pada hari yang sama.[29] Beliau mengeluarkan sebuah lagu bersama Baek A-yeon pada 2 Disember bertajuk "The Little Match Girl".[30] Pada bulan Februari 2018, Wendy telah dipilih sebagai avatar hologram interaktif untuk speaker pembantu suara AI SK Telecom yang baru, 'Holobox'.[31]

Rujukan

WikiPedia: Wendy_(penyanyi) http://metronews.ca/news/toronto/1296399/toronto-i... http://www.ajudaily.com/view/20180222103617978 http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2016/09/... http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2017112... http://starn.hankyung.com/global/en/news/index.htm... http://tenasia.hankyung.com/archives/548805 http://tenasia.hankyung.com/archives/719921 http://joongang.joins.com/article/870/17977870.htm... http://news.jtbc.joins.com/article/article.aspx?ne... http://www.koreaboo.com/index.html/_/exclusive/cub...