Wikia,_Inc.

Wikia, Inc. merupakan sebuah syarikat perbadanan yang diasaskan oleh Jimmy Wales, pengasas Wikimedia, dengan Angela Beesley, Naib Presiden Perhubungan Komuniti. Wikia, Inc. mengelolakan Wikia, sebuah koleksi yang melebihi 1,000 komuniti wiki, dan mengehoskan:Diperbadankan pada asalnya di Florida pada Disember 2004, Wikia, Inc. telah diperbadankan semula di Delaware pada Januari 2006. Michael Davis, bekas pekongsi perniagaan Jimmy Wales, yang kini berkhidmat sebagai ahli lembaga serta Bendahari Yayasan Wikimedia, telah dilantik sebagai Setiausaha untuk syarikat Delaware yang baru.Bahagian komuniti wiki yang dahulu digelarkan "Wikicities" ditukar nama menjadi "Wikia", baru saja sebelum Wikia, Inc. mengumumkan pelaburan modal usaha niaga utamanya yang sulung, dengan pelaburan sebanyak AS$4 juta daripada Rakan-Rakan Usaha Niaga Bessemer, New York.