Wikidot

Wikidot.com merupakan sebuah servis rangkaian sosial dan perkhidmatan hos wiki, dibangunkan di Toruń, Poland. Wikidot Inc., yang memiliki dan menguruskan Wikidot.com, telah diperbadan di Delaware, Amerika Syarikat, iaitu Bahagian Korporasi, fail bernombor 4326793.Wikidot.com telah dilancarkan pada 1 Ogos, 2006 dan menjelang tahun 2009 telah menjadi wiki farm (istilah yang turut merujuk kepada khidmat hos ini) ketiga terbesar di dunia[1], di mana 400,000 pengguna menguruskan 120,000 laman web di samping kandungan sebesar 3.9M ciptaan mereka sendiri (setakat 1 Oktober 2009). Wikidot.com telah berkembang dengan kadaran 400-500 pengguna baru setiap hari. Wikidot.com telah membesar dua kali ganda berbanding saiznya tahun lepas[2].