Wikipedia:Bahagian_trivia

Elakkan daripada mencipta senarai fakta-fakta yang beraneka. Beberapa rencana mengandungi senarai fakta-fakta berasingan, yang seringkali disatukan dalam bahagian mereka tersendiri, diberi label seperti "Trivia", "Nota-nota" (jangan disamakan dengan bahagian "Nota kaki" yang mengandungi nota-nota kaki), "Fakta-fakta", "Lain-lain", "Maklumat-maklumat lain", dll. Manual gaya penulisan ini memaparkan cara-cara fakta yang disebutkan dipersembah di dalam sebuah rencana, bukannya sekiranya maklumat yang terkandung di dalam rencana tersebut adalah benar-benar trivia, ataupun sama ada trivia boleh digunakan di Wikipedia ataupun tidak.Seksyen atau bahagian trivia seharusnya dielakkan. Jika bahagian yang serupa terpaksa juga dicipta, maka anggapnya sebagai sementara sahaja, sehingga kaedah yang lebih bermutu dan baik dalam mempersembahkan maklumat itu dapat dipastikan. Senarai maklumat-maklumat beraneka adalah berguna untuk mengembangkan sebuah rencana baru, kerana mereka mewakili kaedah yang mudah untuk penyumbang-penyumbang baru menambah maklumat tanpa perlu mengikut organisasi atau persembahan rencana; mereka hanya menambah maklumat baru pada senarai itu sahaja. Walaubagaimanapun, apabila rencana-rencana berkembang, senarai-senarai ini menjadi tidak tersusun dan sukar untuk dibaca dan dikendalikan. Cara yang lebih baik untuk mengendalikan sesebuah rencana adalah dengan membekalkan sebuah penyusunan dan pengumpulan fakta-fakta logik yang mampu memberi sebuah persembahan integrasi, memasukkan konteks dan transisi yang lancar, tidak kira dalam bentuk teks, senarai, ataupun senarai meja.