Wikipedia:Nota_kaki

Nota kaki merujuk kepada nota yang diletakkan di bawah rencana yang menerangkan lebih lanjut mengenai satu bahagian dalam teks. Hubungan di antara bahagian teks dengan nota kaki ditunjukkan dengan satu nombor atau simbol di teks berkenaan. Nota kaki menambah bahan yang boleh menerangkan sesuatu fakta dengan lebih terperinci, tetapi boleh menganggu perhatian sekiranya dimasukkan dalam teks berkenaan. Nota kaki juga digunakan dalam memetik sumber untuk mengukuhkan lagi kredibiliti suatu rencana. Rencana yang tidak mempunyai nota kaki boleh dicabar melalui Wikipedia:Pengesahan, yang mengatakan bahawa apa-apa bahan yang dicabar atau mungkin akan dicabar perlu mempunyai sumber. Bahan-bahan yang tidak bersumber mungkin akan dibuang dan sekiranya ingin dimasukkan kembali, menjadi tanggungjawab penyunting untuk membuktikannya.Ingat bahawa adalah lebih penting untuk anda memetik sumber kandungan dengan tepat. Sekiranya satu rencana sudah pun menggunakan satu gaya petikan, anda seharusnya mengikut gayanya daripada menambah satu petikan lain mengikut gaya sendiri. Tidak semua petikan sumber menggunakan nota kaki. Sila rujuk Wikipedia:Sumber petikan untuk panduan dan alternatif lain.Tidak semua nota kaki adalah petikan sumber maklumat. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan atau memberi nota untuk sesuatu bahan.