Wikipedia:Pengesahan

Perkara utama dalam Wikipedia adalah pengesahan, bukan kebenaran. Segala kenyataan, petikan dan rencana mesti "Boleh ditentusahkan". Dalam konteks ini, para pembaca seharusnya boleh memeriksa sekiranya bahan yang ditambah ke dalam Wikipedia sudah pun diterbitkan oleh sumber yang yang boleh dipercayai. Penyunting harus memberikan sumber yang boleh dipercayai untuk apa-apa petikan dan pernyataan, jika tidak, maklumat yang tiada rujukan boleh dicabar kesahihannya atau ia boleh dibuang. Wikipedia:Pengesahan adalah salah satu daripada intipati polisi kandungan Wikipedia. Yang lain adalah Wikipedia:Tiada penyelidikan asli dan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Secara menyeluruh, polisi-polisi ini menilai jenis dan kualiti bahan yang boleh diterima di dalam artikel-artikel Wikipedia. Mereka (polisi-polisi berkenaan) tidak seharusnya diterjemahkan secara berasingan antara satu sama lain, dan para penyunting seharusnya cuba untuk membiasakan diri dengan ketiga-tiga polisi ini.