Wikipedia:Pandangan_berkecuali


Pandangan berkecuali (NPOV) merupakan polisi asas Wikipedia yang menyatakan bahawa semua rencana harus ditulis dari sudut pandangan berkecuali, dan mewakili pandangan yang adil serta pendirian tidak berat sebelah. Polisi ini meliputi baik templat yang dapat dibaca oleh pembaca, mahupun rencana kategori serta portal. Menurut pengasas Wikipedia, Jimbo Wales, NPOV adalah "mutlak dan tidak boleh dirundingkan". Sudut Pandangan Berkecuali merupakan salah satu daripada tiga halaman dalam siri polisi pedoman kandungan di Wikipedia. Untuk kedua-dua rencana yang lain itu, sila lihat: Wikipedia:Pengesahan dan Wikipedia:Larangan penyelidikan asli. Bersama-sama, polisi-polisi ini menentukan jenis dan mutu bahan-bahan yang boleh diterima dalam ruang nama utama. Ketiga-tiga polisi ini saling melengkapi satu sama lain, tidak boleh dirundingkan, serta tidak boleh digantikan dengan panduan yang lain, walaupun terdapatnya sepersetujuan daripada pengguna-pengguna. Ketiga-tiga rencana ini harus tidak ditafsirkan secara berasingan, dan semua penyunting dikehendaki membiasakan diri dengannya.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Pandangan_berkecuali http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare... http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamph... http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias http://web.archive.org/web/20010416035757/http://w... http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.as... http://www.idrewthis.org/2004/bothsides.html http://meta.wikimedia.org/wiki/Neutral_point_of_vi... http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada