Contoh Wikipedia:Pandangan_berkecuali

Melihat satu contoh teks yang berat sebelah dan kemudiannya melihat bagaimana ahli-ahli Wikipedia memperbaikinya mungkin dapat membantu.

Pada halaman pengguguran anak di Wikpedia bahasa Inggeris pada tahun 2001, sebilangan penyokong telah menggunakan halaman itu untuk bertukar kata-kata yang pedas kerana mereka tidak dapat bersetuju terhadap perkara-perkara yang harus dimasukkan ke dalam halaman itu, serta bagaimana pendirian-pendirian yang bersaingan harus disampaikan. Apa yang diperlukan — dan apa yang ditambahkan — ialah perbincangan yang mendalam tentang pendirian-pendirian yang berbeza-beza terhadap aspek-aspek pengguguran anak dari segi moral dan undang-undang pada zaman-zaman yang berlainan. Perbincangan pendirian-pendirian ini ditulis dengan mahir supaya tidak memihak mana-mana satu pendirian. Ini memudahkan penyusunan dan pemahaman tentang alasan-asalan terhadap perkara pengguguran anak yang kemudiannya disampaikan dengan bersimpati. Setiap pendirian dikemukakan dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Terdapatnya banyak cerita-cerita yang berjaya tentang rencana yang bermula sebagai rencana berat sebelah tetapi dikemaskinikan oleh pengguna-pengguna yang mengambil berat terhadap penggambaran kesemua sudut pandangan dengan jelas serta bersimpati.

Contoh kedua

Karada memberikan nasihat berikut dalam konteks rencana Saddam Hussein di Wikipedia bahasa Inggeris:

Anda tidak perlu mengatakan bahawa orang itu jahat. Oleh itu, rencana Adolf Hitler di Wikipedia bahasa Inggeris tidak bermula dengan "Hitler ialah seorang yang jahat" — kita tidak perlu berbuat demikian kerana perbuatan-perbuatannya menyabitkannya beribu-ribu kali. Kita cuma diperlukan menyenaraikan fakta-fakta Holokus tanpa dipengaruhi perasaan, dan suara orang-orang yang maut akan berteriak semula dalam cara yang menyebabkan perbuatan mencelanya dengan berbagai-bagai gelaran tidak berguna ataupun tidak perlu. Sila berbuat serupa: senaraikan jenayah-jenayah Saddam, dan menyebut sumber-sumber anda.

Menyusun semula perkataan dalam ayat yang mungkin bersifat berat sebelah

Kekadangnya, sesuatu kenyataan yang mungkin berat sebelah boleh disusun semula menjadi versi berkecuali. Umpamanya, perkataan-perkataan "John Doe ialah seorang pemain besbol yang terbaik" boleh ditulis semula menjadi "Kemahiran besbol John Doe telah dipuji oleh ramai orang". Lagi baik ialah "Kemahiran besbol John Doe telah dipuji oleh orang-orang dalam besbol seperti Al Kaline dan Joe Torre", asalkan kenyataan-kenyataan itu adalah betul dan dapat ditentusahkan. Serupa jaga, "Joe Bloggs mempunyai tabiat yang buruk" boleh ditulis semula menjadi "Joe Bloggs sering dikritik kerana tabiatnya oleh pemerhati-pemerhati seperti Momar Kadafi dan Anwar Saddat."

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Pandangan_berkecuali http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare... http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamph... http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias http://web.archive.org/web/20010416035757/http://w... http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.as... http://www.idrewthis.org/2004/bothsides.html http://meta.wikimedia.org/wiki/Neutral_point_of_vi... http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada