Wikipedia:Domain_awam

Bagi Wikipedia, domain awam terdiri daripada kesemua karya bebas hak cipta: sesiapa pun boleh menggunakannya dalam mana-mana satu cara dan untuk mana-mana satu tujuan, asalkan nama pengarang atau sumber karya diberikan untuk mengelakkan sebarang penjiplakan.Secara amnya, domain awam ditakrifkan (umpamanya, oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat) sebagai keseluruh karya-karya yang tidak mempunyai hak cipta, ia itu:Bagaimanapun, tiadanya perkara seperti domain awam dalam Internet. Perjanjian antarabangsa, seperti Konvensyen Berne, tidak mengatasi ataupun menggantikan undang-undang tempatan. Sehingga hari ini, tidak adanya "Undang-undang Hak Cipta Antarabangsa" yang sah dan yang mengatasi undang-undang tempatan. Oleh sebab itu, negara-negara penandatangan Konvensyen Berne telah menyesuaikan undang-undang mereka untuk mematuhi piawai minimum yang ditentukan oleh perjanjian, seringnya dengan peruntukan-peruntukan yang lebih kuat daripada apa yang diperlukan. Sama ada sesuatu karya merupakan bebas hak cipta di sebahagian negara-negara tergantungnya kepada undang-undang negara-negara masing-masing.Wikipedia dan perbadanannya yang sah, iaitu Yayasan WikiMedia, berasas di Florida, Amerika Syarikat. Walaupun undang-undang kekadangnya tidak begitu jelas mengenai mana satu undang-undang harus dipergunakan dalam Internet, undang-undang utama bagi Wikipedia ialah undang-undang Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun khusus buat Wikipedia bahasa Melayu, undang-undang utama di sini adalah undang-undang Malaysia. Bagi pengguna-pengguna kandungan Wikipedia, mereka harus mematuhi undang-undang negara masing-masing.Di dalam Amerika Syarikat, mana-mana satu karya yang diterbitkan sebelum 1 Januari 1923 di mana-mana sahaja di dalam dunia ini merupakan karya dalam domain awam. Bagaimanapun, negara-negara yang lain tidak harus diikati oleh tarikh 1923 ini. Kerumitan-kerumitan tertimbul sewaktu kes-kes yang khas dipertimbangkan, seperti sewaktu mencuba menentukan sama ada sebuah karya yang diterbitkan selepas tahun 1923 boleh dianggap sebagai karya dalam domain awam di Amerika Syarikat, ataupun sewaktu mengendalikan karya-karya yang tidak pernah diterbit. Sewaktu sebuah karya bukannya diterbitkan di Amerika Syarikat, tetapi di dalam negara yang lain, undang-undang hak cipta negara itu juga harus diambil kira. Pengguna-pengguna kandungan Wikipedia akan mendapati bahawa penjelasan di sini amat berguna. Di Malaysia pula, kesemua karya yang layak mendapat hak cipta dilindungi secara automatik dari tarikh penghasilannya selama 50 tahun sebelum menjadi domain umum. Undang-undang ini termaktub dalam Akta Hakcipta 1987.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Domain_awam http://www.copyright.org.au/pdf/acc/InfoSheets/G02... http://www.city.vancouver.bc.ca/ctyclerk/archives/... http://data4.collectionscanada.ca/netacgi/nph-brs?... http://data4.collectionscanada.ca/netacgi/nph-brs?... http://data4.collectionscanada.ca/netacgi/nph-brs?... http://data4.collectionscanada.ca/netacgi/nph-brs?... http://www.parl.gc.ca/bills/government/C-32/C-32_4... http://www.lexum.umontreal.ca/conf/dac/en/sterling... http://www.baconsrebellion.com/Issues04/08-09/Dale... http://www.djc.com/news/ae/11151054.html