Contoh Wikipedia:Elakkan_pengucapan_menunjuk-nunjuk

Cuba bandingkan dua potong tulisan di bawah. Pada pendapat anda, manakah yang lebih menarik?

  • Tun Dr Mahathir bin Mohammad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelar sebagai "Dr. M") ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Beliau adalah ahli politik yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia dan merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Tun Dr Mahathir bin Mohammad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelar sebagai "Dr. M") ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan membentuk kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya untuk mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan bersifat kronisme.

Potongan tulisan pertama memberitahu pembaca bahawa Tun Dr Mahatir bin Mohammad seorang tokoh yang penting. Tetapi Potongan tulisan yang kedua menerangkan pembaca bahawa mengapa beliau itu penting. Daripada itu cuba yakinkan pembaca dengan bukti, dan bukan dengan pujukan.