Contoh Wikipedia:Jangan_rencatkan_Wikipedia_untuk_menggambarkan_pendapat

  • Jika seseorang mencadangkan bahawa Wikipedia patut menjadi sebuah komuniti demokratik berasaskan majoriti...
    • sila berikan pendapat dengan mengatakan bahawa Wikipedians mampu mencipta boneka socks dan mengundi lebih daripada sekali.
    • jangan cipta tujuh buah boneka socks dan membenarkan kesemuanya bersetuju dengan anda.
  • Jika seseorang mencipta sebuah rencana yang anda anggap sebagai "mengarut", dan komuniti Wikipedia tidak bersetuju dengan tanggapan anda di Wikipedia:Rencana untuk dihapuskan (RuD)...
    • sila lengkapkan kes anda secara terang-terang pada RuD, menunjukkan contoh-contoh rencana yang yang boleh dibenarkan di bawah peraturan yang digunakan oleh pihak komuniti.
    • jangan cipta sebuah rencana baru yang juga diklasifikasi sebagai "mengarut" sekadar memaksanya disenaraikan dalam RuD.
  • Jika seseorang menyenaraikan salah satu daripada rencana kegemaran anda di senarai RuD dan memanggilnya sebagai "rencana mengarut", dan anda percaya bahawa terdapat berpuluh-puluh rencana lain yang lebih mengarut daripada rencana anda...
    • sila nyatakan kes anda di RuD di atas sokongan anda terhadap rencana tersebut.
    • jangan senaraikan beratus-ratus rencana lain di RuD dalam satu hari dan cuba untuk menyimpannya.
  • Jika sesebuah rencana yang anda calonkan untuk penghapusan di RuD tidak dihapuskan...
    • sila pertimbangkan semula sama ada pencalonan anda adalah adil atau tidak.
    • jangan sambil lewa sahaja mencalonkan rencana yang sama untuk status rencana pilihan.
  • Jika seseorang menghapuskan maklumat tentang individu yang anda anggap sebagai seseorang yang penting dalam sesebuah rencana dan mengenalpasti maklumat tersebut sebagai tidak penting...
    • sila bincang pada laman perbincangan rencana tersebut, membuktikan bahawa maklumat lain tentang orang terkandun dalam rencana tersebut.
    • jangan buang semua maklumat tentang setiap orang daripada rencana tersebut, sekaligus mengenalpastinya sebagai tidak penting.
  • Jika anda ingin mengubah sebuah prosedur atau garis panduan sedia ada...
    • sila sediakan sebuah laman perbincangan dan cuba mencapai kata sepakat.
    • jangan memaksa peraturan yang sedia ada ke tahap maksimum dalam percubaan untuk membuktikannya sebagai salah, atau mencalonkan garis panduan yang wujud untuk penghapusan.
  • Jika anda berasa kecewa kerana seseorang tidak mematuhi proses membuat perubahan...
    • sila kenalpasti mengapa individu tersebut berbuat demikian dan cuba untuk menyakinkan mereka mengubahnya.
    • jangan membalikkan perubahan yang dikatakan baik tanpa sebarang sebab yang munasabah selain daripada "proses tidak tepat: (lihat WP:IAR)
  • Jika anda fikir bahawa sesebuah anugerah adalah mengarut atau tidak bermanfaat...
    • sila bincangkan hal tersebut di laman perbincangan templatnya atau lebih meluas lagi di Kedai Kopi.
    • jangan cipta sebuah anugerah "peribadi" yang tidak sah untuk diri anda supaya dapat menonjolkan betapa "mengarutnya" anugerah tersebut
  • Jika anda fikir seseorang telah, dengan ketidakadilan, membuang penambahan maklumat yang anda lakukan ke atas sesebuah rencana yang disertakan dengan ringkasan suntingan yang "tidak bersumber"...
    • sila cari sumber untuk maklumat yang anda tambah.
    • jangan buang semua kandungan yang tidak bersumber pada halaman tersebut atau menambah semula maklumat anda dengan mengatakan bahawa seluruh rencana itu tidak menyatakan sumber.
  • Jika anda fikir bahawa senarai contoh-contoh ini telah menjadi panjang lebar dan membosankan...
    • sila cadangkan bahawa setengah daripada kandungan senarai ini mungkin sekali dibuang tanpa kerugian sekiranya garis panduan ini diterapkan dan difahamkan.
    • jangan tambah 42 buah kes lain, meskipun mereka sah dari segi kandungannya.