Wikipedia:Kelayakan

Laman ialah rencana berkaitan kelayak sesuatu rencana. Untuk kegunaan lain, lihat Wikipedia:Apa yang bukan Wikipedia.Dalam Wikipedia, kelayakan adalah satu ujian yang digunakan penyunting bagi membuat keputusan sama ada sesuatu topik itu boleh diberikan rencananya tersendiri. Maklumat Wikipedia perlu dapat disahkan. Sesuatu topik tidak seharusnya diberi rencananya sendiri jika tiada sumber pihak ketiga dapat diperolehi berkaitannya. Konsep kelayakan Wikipedia mengenakan piawai asas ini bagi mengelakkan pemuatan topik secara sembarangan. Topik-topik rencana dan senari perlulah layak, atau "harus mendapat perhatian". Kelayakan tidak semestinya bergantung kepada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—walaupun perkara-perkara sedemikian dapat menambah penerimaan sesuatu subjek yang menepati garis panduan yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah. Garis Panduan Wikipedia Kelayakan ini juga sangat menuruti dasar rasmi kami: Wikipedia:Pengesahan.