Wikipedia:Pautan_reput

Seperti kebanyakan tapak web besar, Wikipedia juga mengalami fenomena yang dikenali sebagai pautan reput. Pautan luar tersebut akan menuding ke laman atau tapak sesawang berkaitan yang sudah tiada, kandungannya telah berubah atau sudah dipindahkan tanpa mengubah penghalaan HTML.[1] Ini memberikan ancaman signifikan kepada dasar kebolehpercayaan Wikipedia dan garis panduan petikan sumbernya.Secara umumnya, hendaklah maklumat yang dipetik itu tidak dipadam hanya kerana URL ke sumber tersebut tidak lagi berfungsi. Alatan, tatacara dan proses telah disediakan seperti yang digariskan di laman ini.