Prosedur Wikipedia:Permohonan_memadam_laman

  • Letakkan teg {{Hapus}}, {{Padam}}, atau {{Delete}} pada rencana yang dipohon untuk dipadamkan terlebih dahulu. Letakkan salah satu teg tersebut di bahagian paling atas keseluruhan teks dalam rencana.
  • Cipta satu laman khas mengenai permohonan itu. Sebagai contoh; Wikipedia:Permohonan memadam laman/tajuk rencana yang dipohon. Hal ini untuk membolehkan pengguna lain memberikan pendapat ke atas permohonan itu.

Penting: Hanya Penyelia Wikipedia yang sah SAHAJA yang dibenarkan untuk menggugurkan templat/teg hapus yang diletakkan di sesuatu laman, sekiranya penyelia tersebut mendapati bahawa laman tersebut sesuai untuk dikekalkan dan dibebaskan daripada dicalonkan untuk dihapuskan.

Walau bagaimanapun, penyelia harus mempertimbangkan terlebih dahulu perkara-perkara yang menyebabkan templat/teg hapus itu diletakkan oleh sesuatu pihak yang merasakan sesuatu rencana itu harus dicalonkan untuk dihapuskan. Sekiranya tiada sebarang maklum balas dikemukakan oleh mana-mana pihak berkenaan peletakkan templat/teg hapus di sesuatu laman yang dicalonkan untuk dihapuskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh usul dikeluarkan, maka Penyelia Wikipedia boleh bertindak terus menghapuskan laman tersebut sekiranya ia mendapati laman tersebut sesuai untuk dihapuskan. Wikipedia:Menghapuskan laman mesti dijadikan sandaran dalam sebarang tindakan berkaitan.

Sekiranya terdapat maklum balas terhadap usul/cadangan penghapusan laman yang dicalonkan, perkara-perkara yang diperbincangkan dan pengundian perlu dijadikan keutamaan. Rujukilah dasar rasmi Wikipedia:Menghapuskan laman sebagai pedoman.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Permohonan_memadam_laman //scholar.google.com/scholar?q=%22Muhammad+Hanif+S... //www.google.com/search?&q=%22Muhammad+Hanif+Sulth... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Muham... //www.google.com/search?q=%22Muhammad+Hanif+Sultho... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Muhammad+Ha... http://m.kompasiana.com/mnito/hanif-sulthoni-novel... http://cewekbanget.id/Creators-Room/Kenalan-Yuk-De... http://m.teen.co.id/read/3075/hanif-sulthoni-penul... http://deletionpedia.org/en/Muhammad_Hanif_Sulthon... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...