Wikipedia:Rencana_tunas

Rencana tunas merupakan rencana-rencana Wikipedia yang masih belum menerima perhatian yang cukup banyak daripada penyunting-penyunting, dan oleh itu, tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dianggap sebagai rencana yang benar. Dengan kata yang lain, rencana-rencana ini merupakan maklumat yang pendek atau tidak cukup, dan memerlukan penambahan-penambahan untuk meningkatkan kebergunaan Wikipedia. Komuniti Wikipedia menghargai rencana tunas sebagai langkah-langkah pertama yang berguna untuk mencapai rencana-rencana yang lengkap. Sesiapa pun boleh melengkapi rencana-rencana tunas itu.Matlamat untuk rencana ini adalah untuk menyediakan suatu panduan am untuk mengendalikan rencana-rencana tunas. Para pengguna disyorkan membaca bahagian Maklumat Penting yang terdiri daripada separuh rencana ini. Bahagian Maklumat Tambahan mengandungi data yang mungkin menarik minat hanya pengguna-pengguna yang lebih mahir, dan oleh itu, tidak wajib.