William_IV_dari_United_Kingdom
William_IV_dari_United_Kingdom

William_IV_dari_United_Kingdom

William IV (William Henry; 21 Ogos 1765 – 20 Jun 1837) ialah raja United Kingdom Great Britain dan Ireland dan raja Hanover berikutan kemangkatan kakandanya, Raja George IV, pada 26 Jun 1830 sehingga kemangkatannya sendiri hampir tujuh tahun kemudian. Baginda merupakan anakanda lelaki ketiga Raja George III.Di masa mudanya, William berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja British di Amerika Utara dan Caribbean, oleh itu baginda dipanggil "Sailor King" ("Raja Pelaut") semasa dan selepas pemerintahannya.[1][2] Pada tahun 1789, baginda diberikan gelaran Duke Clarence dan St Andrews. Oleh sebab kedua-dua kakandanya mangkat tanpa meninggalkan waris, baginda menaiki takhta ketika berusia 64 tahun dan merupakan orang yang tertua menaiki takhta British. Pemerintahannya bertepatan dengan pembaharuan kebajikan golongan miskin, pengetatan buruh kanak-kanak, penghapusan sistem perhambaan di hampir seluruh Empayar British dan pembaharuan sistem pengundian British di bawah Akta Pembaharuan 1832. Walaupun baginda tidak bermain peranan yang aktif dalam politik semacam ayahanda dan kakandanya, baginda merupakan raja British terakhir yang melantik seorang Perdana Menteri bercanggah dengan kehendak Parlimen. Adindanya Putera Adolphus yang mewakili baginda sebagai pemangku raja di Hanover menggubalkan sebuah perlembagaan yang liberal bagi Hanover, meskipun perlembagaan itu tidak bertahan lama.Semua anakanda-anakanda William IV dengan isterinya Adelaide dari Saxe-Meiningen mati awal, tetapi baginda mempunyai sepuluh orang anak tidak sah taraf dengan seniwati Dorothea Jordan yang merupakan perempuan simpanannya selama 20 tahun. Selepas baginda mangkat pada tahun 1837, baginda digantikan oleh anakanda saudaranya Victoria sebagai Ratu United Kingdom dan adindanya Ernest Augustus sebagai Raja Hanover.

William_IV_dari_United_Kingdom

Pekerjaan Tentera (Laut)
Pemerintahan 26 Jun 1830 – 20 Jun 1837
Ayahanda George III dari United Kingdom
Pemakaman 8 Julai 1837
Gereja St George, Istana kota Windsor
Tandatangan
Perdana Menteri
Pasangan Adelaide dari Saxe-Meiningen
Bonda Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz
Agama Anglikan
Kerabat Hanover
Anakanda
Nama penuh
Nama penuh
William Henry
Pertabalan 8 September 1831
Kemangkatan 20 Jun 1837(1837-06-20) (umur 71)
Istana kota Windsor, Windsor, Berkshire
Didahului oleh George IV dari United Kingdom
Keputeraan (1765-08-21)21 Ogos 1765
Rumah Buckingham, London
Diikuti oleh Ernest Augustus