Windows 7 (asalnya
dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian
Vienna) ialah versi terkini
sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan
komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer
meja,
riba,
netbook,
tablet ataupun
pusat media.
[2][3] Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009,
[4] dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009,
[5] tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya
Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan,
Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi latar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista.
[6] Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan
multi-sentuhan, rekaan terkini
Windows Shell dengan
palang tugas baru, sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup,
[7] dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk
Windows Calendar,
Windows Mail,
Windows Movie Maker dan
Windows Photo Gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7;
[8][9] sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit
percuma Windows Live Essentials.
[10]