Ciri-ciri Windows_Genuine_Advantage

Pemberitahuan Windows Genuine Advantage di Windows XP Pemberitahuan Windows Genuine Advantage di Windows Vista

Proses pengesahan WGA mengesahkan pemasangan semasa Windows dan kekunci lesennya terhadap perkakasan yang terlibat. Ia boleh dicapai sama ada melalui program tunggal, ataupun sebagai kawalan ActiveX dalam Internet Explorer semasa cuba mencapai kemas kini Microsoft melalui pelayar web. Ia turut memasukkan langkah berikut:

  • Semasa kali pertama melayari Microsoft Download atau Update Center, pengguna akan memperoleh pesanan yang memerlukan mereka untuk mengesahkan naskhah Windows mereka dengan memuat turun kawalan ActiveX yang akan memeriksa ketulenan perisian Windows mereka. Jika pengesahan Windows berjaya, ia akan menyimpan fail lesen khas dalam PC untuk pengesahan akan datang.
  • Setelah pengesahan berjaya, muat turun kemas kini biasa boleh diteruskan.

Jika perisian Windows didapati tidak mempunyai lesen sah, WGA akan memaparkan notis khas kepada pengguna dan menghalang kemas kini bukan kritikal daripada dimuat turun daripada Microsoft.

Kawalan ActiveX dimuat turun semasa pengesahan kali pertama serta apabila versi baru dikeluarkan, tetapi proses pengesahan boleh dilakukan pada bila-bila masa setiap kali pengguna melayari laman web Microsoft untuk proses kemas kini.

  • Pada Windows Vista, kegagalan pengesahan WGA membawa kesan yang lebih buruk. Selain notis peringatan tanpa henti serta halangan kemas kini bukan kritikal, WGA juga melumpuhkan Windows Aero, Windows Defender, dan ReadyBoost. Pengguna diberi tempoh selang untuk lulus pengesahan, bila mana selepas tempoh tersebut sebahagian besar fungsi sistem pengendalian tersebut akan dilumpuhkan dan Windows akan bertukar ke mod fungsi dikurangkan, yang akan dibuang pada Windows Vista SP1 bersama-sama dengan keadaan tidak tulen tetapi mengekalkan notis pada sistem yang didapati tidak tulen.