Windows_Live
Windows_Live

Windows_Live

Windows Live merupakan jenama keseluruhan bagi sekumpulan perkhidmatan Microsoft yang sedang dalam pembangunan. Khidmat atas talian Windows Live baru dan bersepadu, yang dijenamakan semula secara berperingkat dari MSN merupakan usaha terbaru Microsoft untuk bersaing dengan pesaing-pesaing yang pesat membangun seperti Google. Secara amnya perkhidmatan ini dicapai melalui pelayar web, dan data yang diperlukan untuk mengendalikannya (serta data yang dimasukkan oleh pengguna dalam perkhidmatan) disimpan dalam pelayan jarak jauh dan bukan komputer tempatan. Jenis perisian ini dianggap oleh ramai orang, termasuk Microsoft dan Google, sebgai masa depan bidang komputer kerana data perkhidmatan dan pengguna boleh didapati di mana-mana, tanpa memasang apa-apa perisian aplikasi tambahan. Antara perkhidmatan yang mempunyai jenama Windows Live adalah Windows Live Mail, Windows Live OneCare Safety Scanner, Windows Live Favorites, Windows Live OneCare, Windows Live Messenger, Windows Live Search, Windows Live Alerts dan Windows Live Local. Kebanyakannya masih dalam peringkat versi beta, namun ada enam yang telah siap: Windows Live OneCare, Windows Live Custom Domains, Windows Live Favorites, Windows Live Messenger, Windows Live Toolbar dan Windows Live Expo. Kebanyakan perkhidmatan MSN akan digantikan dengan perkhidmatan Windows Live, menandakan peranjakan penting dari nama "Microsoft Network" kepada perkhidmatan atas talian yang lebih berkait dengan sistem pengendalian Windows.