Winnie_Kok

Winnie Kok Mui Kuan (lahir 16 Mac 1980 di Raub, Pahang; lebih dikenali sebagai Winnie K) merupakan seorang penyanyi Malaysia. Dia pernah menjadi Juara Asia Bagus 1992. Juga menjadi bintang Pepsi dan bintang Cadbury.Winnie merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia memulakan kerjaya nyanyiannya secara profesional selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Breakaway Dance.Winnie telahpun menghasilkan tiga album Mandarin dan kemudian telah menghasilkan rakaman album bahasa Melayu pertamanya yang dirancang dihasilkan bersama Ajai dan menjurus kepada genre tarian pop.[1]