Wintergatan
Wintergatan

Wintergatan

Wintergatan (sebutan Sweden: [ˈvɪ̂nːtɛrˌɡɑːtan], "Bima Sakti", lit. "Jalan Musim Sejuk"; Jawi: ‏ۏينترݢاتن‎‎) merupakan sebuah kumpulan folktronica Sweden dari Gothenburg. Martin Molin dan Marcus Sjöberg dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Detektivbyrån yang telah terbubar pada tahun 2010. Kumpulan ini menggunakan pelbagai alat muzik luar biasa termasuk Modulin[3] theremin digital Moog Theremini, autoharp elektrik, dulsimer yang ditempa, kotak muzik kad tebuk yang dibina sendiri, projektor slaid, gergaji muzik, dan mesin taip untuk digunakan sebagai genderang.Semua ahli kumpulan memainkan pelbagai alat muzik, tetapi mempunyai pengkhususan utama. Martin Molin mengkhususkan diri dalam vibrafon serta alat elektronik yang menentukan bunyi Wintergatan; Evelina Hägglund pakar dalam alat muzik papan nada; David Zandén pakar dalam bes; dan Marcus Sjöberg pakar dalam gendang.[4]Kumpulan ini melancarkan lagu pertama mereka pada akhir 2012, berjudul Sommarfågel (Burung Musim Bunga), dan mengeluarkan album sulung mereka Wintergatan pada tahun 2013.[5] Kumpulan ini mengadakan jelajah album di seluruh Sweden pada tahun 2014 dan 2016; Julia Jonas menggantikan Evelina Hägglund semasa beberapa persembahan pada tahun 2014.[6][7]

Wintergatan

Berasal dari Gothenburg, Sweden
Laman sesawang wintergatan.net
Ahli
  • Evelina Hägglund
  • Martin Molin
  • Marcus Sjöberg
  • David Zandén
Genre Folktronica, experimental pop[1] post-rock[2]
Tahun aktif 2012–kini

Rujukan

WikiPedia: Wintergatan http://www.elegantexposures.com/blog/wintergatan/ http://www.sputnikmusic.com/bands/Wintergatan/4388... http://www.eclat-mag.de/interviews/wintergatan/201... http://wintergatan.net http://www.ibtimes.co.uk/wintergatan-marble-machin... https://www.discogs.com/Wintergatan-Wintergatan/re... https://www.dropbox.com/s/7rq1brfppc5erya/Winterga... https://m.youtube.com/playlist?list=PLLLYkE3G1HED6... https://www.youtube.com/watch?v=C8qyVURtSZc https://www.youtube.com/watch?v=IvUU8joBb1Q