Wissenschaft

Wissenschaft adalah istilah bahasa Jerman untuk sebarang kajian yang melibatkan penyelidikan yang sistematik. Istilah ini sering diterjemahkan secara kasar sebagai sains, tetapi makna sebenarnya jauh lebih luas dan merangkumi setiap kajian akademik yang sistematik dari mana-mana bidang, misalnya kemanusiaan seperti seni atau agama. [1] Wissenschaft menggabungkan penyelidikan sains dan bukan sains, pembelajaran, pengetahuan, kecendekiawanan, malah menyiratkan bahawa pengetahuan merupakan proses dinamik yang dapat ditemui untuk diri sendiri, dan bukannya sesuatu yang diturunkan atau diwariskan, tidak semestinya melibatkan penyelidikan empirikal.Wissenschaft dijadikan ideologi rasmi universiti-universiti Jerman pada abad ke-19, dan ini membawa kepada perkembangan universiti penyelidikan moden.[2] Ia menekankan penyepaduan kaedah-kaedah pengajaran dengan penyelidikan atau penemuan oleh pelajar secara individu, yakni Einheit von Lehre und Forschung. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah proses pengembangan dan pembentukan insan.Beberapa orang Amerika abad ke-19 yang mengunjungi universiti-universiti Jerman mentafsirkan Wissenschaft sebagai "sastera tulen" yang tidak dicemari oleh tujuan sosial dan bertentangan dengan sastera liberal.[3] Beberapa lagi saintis dan ahli falsafah sezaman mengertikan Wissenschaft sebagai sebarang pengetahuan sebenar atau kaedah yang berjaya, termasuk pengetahuan dan kaedah falsafah, matematik, dan logik.[4]