Wonder_Woman_1984

Wonder Woman 1984 adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat berdasarkan watak pada DC Comics, Wonder Woman. Filem ini diedarkan oleh Warner Bros Pictures. Merupakan sekuel daripada filem Wonder Woman pada tahun 2017 dan merupakan kelangsungan filem ke-9 dalam francais DC Extended Universe (DCEU). Filem ini diarahkan oleh Patty Jenkins, penulis skrip Geoff Johns dan David Callaham siri komik yang ditulis oleh Johns dan Jenkins. Dibintangi oleh Gal Gadot sebagai peranan utama, bersama-sama dengan Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, dan Robin Wright sebagai pelakon sampingan. Merupakan kelangsungan dari lanjutan filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016), Wonder Woman dan Justice League (kedua-duanya 2017).Sekuel filem kedua akan dijadualkan sejurus selepas pengeluaran filem pertama pada bulan Jun 2017, dan keputusan untuk meneruskannya telah disahkan pada bulan berikutnya. Sesi pengambaran utama bermula pada 13 Jun 2018 - sesi penggambaran di studio Warner Bros., di Leavesden, England, di Washington DC, Amerika Syarikat dan di Northern Virginia, Amerika Syarikat, di Duxford, England, di Tenerife serta Fuerteventura, Kepulauan Canary, dan juga di Almeria, Andalusia, Sepanyol - sehingga selesai keseluruhannya pada 22 Disember 2018, dengan memakan masa selama enam bulan.Wonder Woman 1984 dijadualkan akan ditayangkan di Amerika Syarikat oleh Warner Bros Pictures dalam paparan RealD 3D, Dolby Cinema dan IMAX 3D pada 5 Jun, 2020.

Wonder_Woman_1984

Bahasa Bahasa Inggeris
Cerita oleh
  • Patty Jenkins
  • Geoff Johns
Berdasarkan Wonder Woman oleh
William Moulton Marston
Disunting oleh Richard Pearson
Lakon layar oleh
Muzik oleh Hans Zimmer
Pengarah Patty Jenkins
Penerbit
Mula ditayangkan 5 Jun 2020 (2020-06-05) (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Matthew Jensen
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Warner Bros. Pictures

Rujukan

WikiPedia: Wonder_Woman_1984 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=%7B%7B%7Bi... http://www.imdb.com/title/tt7126948/ http://www.indiewire.com/2018/06/wonder-woman-1984... http://www.madghostproductions.com/category/film/ http://www.metacritic.com/film/titles/%7B%7B%7Bid%... http://www.rottentomatoes.com/m/Wonder_Woman_1984/ https://deadline.com/2018/07/wonder-woman-1984-cas... https://hiddenremote.com/2018/10/19/oakley-bull-ca... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/dc-m... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/nata...