Biodata Wong_Hon_Wai

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kong Min Pusat, Air Itam dan Sekolah Menengah Chung Ling, Air Itam. Beliau menyambung pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada tahun 1997. Beliau kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera teknologi maklumat. Sementara beliau bertugas sebagai jurutera teknologi maklumat, beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya pada tahun 2014. Beliau memperoleh Sijil Amalan Guaman pada tahun 2005. Beliau selanjutnya memperolehi kelayakan sebagai seorang penguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada 20-07-2007.

Wong Hon Wai telah menyertai Parti Tindakan Democratik (DAP) pada tahun 1997. Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada beberapa badan sosial. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Air Itam pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.