XB-70_Valkyrie
XB-70_Valkyrie

XB-70_Valkyrie

North American Aviation XB-70 Valkyrie merupakan sebuah pesawat prototaip terbitan daripada cadangan pesawat pengebom bersenjata nuklear B-70 untuk Perintah Udara Strategik Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka pada akhir tahun 1950-an, Valkyrie dipasang dengan enam buah enjin dan berupaya untuk terbang pada kelajuan melebihi Mach 3 pada ketinggian 70,000 ka (21,000 m), yang mana membolehkannya untuk mengelak daripada pesawat pemintas, satu-satunya senjata anti pengebom yang berkesan pada waktu itu.Dua buah prototaip XB-70 telah dibina untuk Tentera Udara A.S. Kos pembangunan program pesawat yang tinggi, dan perubahan dalam persekitaran teknologi dengan kemasukkan peluru berpandu permukaan ke udara aras tinggi yang berkesan menyebabkan pembatalan program B-70 pada tahun 1961. Meskipun cadangan armada operasi bagi pengebom B-70 tidak dapat direalisasikan, pesawat XB-70A telah digunakan di dalam penerbangan ujian pada tahun 1964 sehingga 1969, digunakan bagi menyelidik rekabentuk pesawat supersonik yang besar. Sebuah prototaip telah terhempas berikutan perlanggaran di udara pada tahun 1966. Sebuah lagi pula dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Ohio.