XM29_OICW

XM29 OICW (Senjata Tempur Objektif Individu ("Objective Individual Combat Weapon") merupakan nama bagi siri rifel tempur prototaip yang menembak grenad 20mm letup udara (airburst ). Prototaip ini dimajukan sebagai sebahagian daripada program Senjata Tempur Objektif Individu pada 1990-an. Istilah Rifel Tempur Gempur Boleh Pilih ("Selectable Assault Battle Rifle" (SABR)) juga digunakan pada satu ketika, tetapi kini semakin jarang digunakan.Dimajukan oleh Alliant Techsystems, bersama dengan Heckler & Koch sub-kontraktor penting, versi XM29 yang paling biasa dilihat terdiri daripada meriam pelancar grenad pintar 20 mm semi-automatik, karbin gempur di bahagian bawah (underslung) (berasaskan HK G36) menembak peluru 5.56 x 45 mm NATO piawai, dan sistem pembidik bantuan komputer bahagian atas yang disertakan dengan pencari jarak laser, keupayaan penglihatan malam haba, dan penglihatan teleskopik 6x optik. Versi lebih awal menggunakan tatarajah dan (setup) berlainan. Tatarajah sisi diuji sebelum pendekatan bahagian bawah. Variasi lain termasuk meletakkan pelancar 20 mm atau yang menggunakan MP7 menggantikan rifle 5.56 NATO.Bahagian pelancar telah digambarkan bergilir sebagai meriam 20 mm semi automatik ringan, atau pelancar grenad, atau senjata letup udara. Ia menjadi masalah pengkelasan, kerana ia tidak tergolong sebarang kategori sepenuhnya. Pada sudut yang lain, ia menggunakan peluru yang lebih kecil dan mempunyai trajektori lebuh lurus berbanding pelancar grenad. Pada sudut lain pula, kaliber dan velisitinya lebih menyerupai meriam ringan, ia turut berkongsi persamaan dengan pelancar grenad infantari lain.Pelbagai masalah menyebabkan program ini ditamatkan sebagaimana ia dibayangkan pada asalnya, termasuk berat, besar dan ketiadaan peluru 20 mm letup udara yang berkesan. Dengan pembatalannya pada 2004, ia dipisahkan kepada tiga program berkait. OICW Increment One merupakan program memajukan keluarga senjata tenaga kinetik ringan, OICW Increment Two adalah program memajukan pelancar grenad letup udara sebagai komponen tersendiri, dan OICW Increment Three merupakan program menyatukan kedua komponen tersebut. XM8 dimajukan bagi memenuhi kehendak Increment One, tetapi kini digantikan dengan permohonan terbuka bagi cadangan untuk reka bentuk terbaik dari industri. Dijangkakan XM8 (atau sesuatu yang menyerupainya) akan bersain dalam RFP tersebut. Sementara itu, pelancar letup udara 25 mm XM25 dimajukan bagi memenuhi syarat Increment Two requirements. Increment Three tidak akan bermula sehingga One dan Two sempurna.

Berkaitan