Produksi XX-Ray_3

Pengarah filem ini, Aziz M. Osman mula membayangkan penghasilan bagi filem ini pada tahun 2011.[1] Dia mengulas dia mengambil masa selama 20 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menulis sekual filem XX Ray 2 kerana ingin memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman. Dia juga akan menggunakan kepakaran tenaga kerja tempatan untuk melakukan teknik janaan imej berkomputer (CGI).[2] Pencarian bagi teraju utama dan penghasilan skrip filem ini telah dimulakan pada bulan Jun 2015.[3][4]

Proses pengambaraan bagi filem ini bakal dilakukan di Johor Bahru.[5] Pada 26 November 2015, Izzue Islam telah disahkan bakal memegang watak utama bagi filem ini.[6] Filem ini merupakan filem sains fiksyen yang pertama dibintanginya.[7]