Xq28

Xq28 adalah pita kromosom dan penanda genetik yang terletak di hujung kromosom X. Pita kromosom ini telah diteliti semenjak tahun 1980 [1] dan terdiri daripada tiga region berbeza dengan maklumat genetik sebanyak 8 Mb. [2] Xq28 mengandungi 12 gen dari famili antigen berkaitan melanoma; [3] di antaranya MAGEA11 telah dikenal pasti sebagai koregulator reseptor androgen. Penanda ini pertama kali dikenali oleh orang ramai pada tahun 1993 selepas Dean Hamer et al mencari kaitan antara penanda Xq28 dengan orientasi homoseksual. [4] Namun, Xq28 tidak berkaitan dengan orientasi sesama jenis perempuan. [5]Sebuah kajian pada November 2014 juga berjaya meniru penemuan bahawa gen di Xq28 mempengaruhi perkembangan orientasi seksual laki-laki. Penemuan tersebut didasarkan pada sampel darah yang diambil dari 409 pasang saudara laki-laki homoseksual dan heteroseksual (jumlah 908 individu dari 384 keluarga). [6] [7]