Haji Yaakub bin Haji Ahmad (1895-1956) atau lebih dikenali sebagai
Haji Yaakub Gajah Mati merupakan salah seorang
tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.Yaakub bin Haji Ahmad atau nama penuhnya Haji Yaakub bin Haji Ahmad merupakan salah seorang daripada ulamak
Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar
Islam di nusantara. Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa
Arab,
India dan
China.Haji Yaakub bin Haji Ahmad tinggal di Lorong Gajah Mati,
Kota Bharu. Dia merupakan seorang guru agama yang terkenal di Kota Bharu, dan menerima pendidikan agama dari
Tok Kenali bersama pelajar lain seperti
Haji Saad Kangkong,
Haji Ali Pulau Pisang,
Haji Abdullah Tahir Bunut Payong,
Haji Mat Jebeng dan
Haji Ahmad Batu Tiga Repek.Haji Yaakub bin Haji Ahmad mula bekerja sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan merekodkan perjumpaan majlis Ugama Islam Kelantan. Dia kemudian menjadi guru di
Madrasah Muhammadiah pada 1 April]]. Selepas berkhidmat selama 15 tahun, dia dilantik sebagai guru ugama di
Masjid Muhammadi pada 1 Julai 1938. Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di
Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan
Parsi,
Rom dan
Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti
Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam
Hikayat Hang Tuah, dan
Syair Siti Zubaidah.Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.Antara pelajarnya adalah Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz., Dato’ Haji Ismail Yusoff dan Tuan Guru Engku Hj. Syed Hasan, Lemal. Dai kemudian menyertai MAIK Religious Congregation seawal 1932. Beliau meninggal di Kota Bharu pada subuh 8 Disember 1956.