Yakult
Yakult

Yakult

Yakult (ヤクルト, Yakuruto) merupakan produk susu berasaskan probiotik dari Jepun yang dibuat melalui proses penapaian campuran susu skim dengan satu strain bakteria khas Lactobacillus casei Shirota. Ia dicipta oleh Minoru Shirota yang bergraduat dari Sekolah Perubatan Universiti Kyoto pada tahun 1930. Pada tahun 1935, beliau mula mengeluarkan Yakult serta menjualnya. Sumber rasmi mengatakan nama tersebut berasal daripada perkataan jahurto, sebutan lama bagi jogurto, iaitu istilah bahasa Esperanto untuk "yogurt".[1][2] Sejak itu, Yakult juga telah memperkenalkan barisan minuman bagi pasaran Jepun yang mengandungi bakteria Bifidobacterium breve, serta menggunakan penyelidikannya mengenai lactobacillium untuk membangunkan produk kosmetik. Baru-baru ini, Yakult Honsha memainkan peranan utama dalam membagunkan ubat kemoterapi irinotecan (Camptosar, CPT-11).[3]Selepas pengenalannya di Jepun dan Taiwan, Yakult kemudian mula dijual di Brazil pada tahun 1966, berikutan jumlah pendatang Jepun yang ramai di negara tersebut, sebelum ia dijual di negara-negara lain.[4] Hari ini, Yakult dijual di lebih 31 negara,[5] walaupun kultur bakterianya dibekalkan daripada strain induk dari Jepun tanpa mengira lokasi pengeluaran.Yakult dijual dalam pelbagai saiz berbeza mengikut negara. Di Australia, Eropah, India, dan Indonesia, Yakult dijual dalam botol 65mL. Di Amerika, Jepun, Filipina, Malaysia dan Korea Selatan (di mana ia dikenali sebagai 야쿠르트), ia dijual dalam botol 80; saiz yang sama turut digunakan untuk pasaran Mexico yang merupakan salah satu pasaran terbesar Yakult. Ia juga boleh didapati di Thailand (di mana ia dikenali sebagai ยาคูลท์), Singapura (di mana ia dikenali sebagai 益多 yì duō dalam Bahasa Mandarin dan 'Yakult' dalam Bahasa Melayu dan Inggeris), Taiwan dan Tanah Besar China (di mana ia dikenali sebagai 養樂多 yǎng lè duō), dan Amerika Syarikat. Ia juga boleh didapati di Hong Kong (di mana ia dikenali sebagai 益力多 yik lik dō) dalam botol 100 ml.[6][7][8]Produk ini dibuat oleh Yakult Honsha Co., Ltd. (株式会社ヤクルト本社, Kabushiki-gaisha Yakuruto Honsha) (TYO: 2267 ). Syarikat ini turut memiliki pasukan besbol utama Jepun, Tokyo Yakult Swallows.