Personaliti Yagami_Hayate

Hayate yang muncul dalam musim kedua iaitu Nanoha Aces, ialah seorang kanak-kanak yang baik, dan dia tidak suka menyusahkan orang lain demi kepentingan dirinya. Biarpun Hayate mengalami penyakit lumpuh, namun Hayate tetap nampak ceria dan gembira. Sikapnya yang lemah lembut membuatkan Guardian Knight sanggup mengorbankan apa sahaja demi kegembiraan Hayate. Hayate gemar membaca buku dan memasak makanan yang sedap apabila mempunyai masa yang terluang. Dalam Nanoha StrikerS, Hayate menyandang jawatan yang lebih tinggi daripada Takamachi Nanoha dan Fate Testarossa. Oleh sebab itu, Hayate sentiasa sibuk dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Matlamatnya ialah, dia tidak mengingini kejadian yang menimpanya dahulu kembali berlaku. Dia ingin mengekalkan keamanan yang sedia ada dan melindungi mereka yang penting buatnya.

Berkaitan