Sinopsis Yang_Muda_Yang_Bercinta

Aliya seorang perempuan yang tomboi, jadi sering membuat ibunya Juleha marah kerana Aliya langsung tidak pernah membuat kerja rumah. Semua sering dilakukan oleh Makciknya Ipeh yang masih belum kahwin dan tinggal bersama mereka. Pada suatu hari ia hampir membahayakan nyawa lelaki yang sedang memandu kerana membuang kertas peperiksaan di tepi jalan sehingga membuatkan Adit terlanggar lalu kereta kesayangannya rosak. Adit marah dengan sikap Aliya yang tidak peduli langsung. Itulah pertemuan pertama Adit dan Aliya. Memang bukan pertemuan yang berkesan positif, cenderung negatif. Tetapi setelah itu, seperti sudah berjodoh mereka sering kebetulan bertemu. Tapi sayang, masing-masing merasakn pertemuan mereka membawa satu sial satu sama lain. Adit tinggal bersama neneknya pratiwi yang terobsesi untuk menikahkan Adit cucu satu-satunya dengan cucu sahabatnya bernama Aliya. Nenek pratiwi ingin menunaikan janjinya. Ia pun mula mencari Aliya melalui foto masa kecil Aliya dan memori saat Aliya masih kecil sering bermain Adit di rumah mereka. Tanpa sengaja nenek Pratiwi bertemu Aliya, ia sangat yakin bahawa Aliya adalah cucu sahabatnya yang dicari-carinya. nenek Pratiwi pun menghampiri Aliya dan langsung meminta Aliya daripada keluarganya. Juleha yang memang ingin sekali mempunyai menantu kaya pun sangat gembira dengan idea tersebut, walaupun ia sama sekali tidak faham cerita nenek Pratiwi. Mereka berdua pun bersemangat untuk mempercepatkan perkahwinan Adit dan Aliya. Padahal Adit sudah mempunyai kekasih stella yang ia sangat sayang. Tetapi Adit belum mempunyai cara untuk memperkenalkan Stella kepada neneknya.