Yao_Ming
Yao_Ming

Yao_Ming

Yao Ming (Bahasa Cina: 姚明; pinyin: Yáo Míng; lahir 12 September 1980) ialah bekas pemain profesional bola keranjang yang pernah bermain untuk Shanghai sharks di liga Chinese basketball association (CBA) dan Houston Rockets di liga National Basketball Association (NBA). Dia pada masa ini merupakan pemain tertinggi dalam NBA, pada 7 kaki 6 inci (2.29 m).Yao, yang dilahirkan Shanghai, China, mula bermain untuk the Shanghai Sharks sebagai remaja, dan bermain dalam kumpulan senior selama 5 tahun dalam CBA, memenangi kejuaraan pada tahun terakhirnya. Selepas berunding dengan CBA dan Sharks bagi perlepasannya, dia telah dibebaskan dan dipilih oleh Houston Rockets sebagai pilihan pertama keseluruhan dalam Draf Nba 2002. Dia pernah sampai ke NBA Playoffs sebanyak empat kali. Pada bulan Julai 2012, Yao mengumumkan persaraannya daripada bola keranjang profesional akibat siri kecederaan kaki dan buku lali yang telah menyebabkannya terlepas 250 permainan dalam 6 musim terakhirnya. Selama 8 musim dia bersama dengan Rockets, Yao memegang beberapa rekod seperti ranking nombor 6 dalam keseluruhan mata serta rebound diperoleh dan juga ranking nombor 2 bagi keseluruhan halangan skor diperoleh bagi francais Rockets. Yao merupakan salah seorang atlit China yang paling terkenal, memdapat penajaan daripada beberapa syarikat terkenal. Tahun pertamanya di NBA merupakan subjek yang diutamakan dalam filem dokumentari The Year Of The Yao, dia juga menulis sebuah autobiography berjudul Yao: A Life in Two Worlds bersama Ric Bucher, seorang penganalisa NBA. Pada 4 April 2016, Yao bersama Shaquille O'Neal dan Allen Iverson telah dinobatkan ke dalam Naismith Memorial Basketball Hall Of Fame.