Sejarah Yayasan_Nobel

Wasiat Alfred Nobel bertarikh 25 November 1895

 Alfred Bernhard Nobel (bantuan·maklumat), lahir pada 21 Oktober 1833 di Stockholm Sweden, merupakan seorang ahli kimia, jurutera, penginovasi, pengilang senjata serta pencipta dinamit. Beliau memiliki Bofors, sebuah pengilang persenjataan utama yang kemudiannya ditukarkan perniagaannya sebagai kilang besi dan keluli. Nobel memegang 355 paten yang berbeza, termasuk dinamit yang dikenali. Beliau mengumpulkan harta kekayaan peribadi yang banyak semasa hayatnya disebabkan penciptaan alat yang terkenal ini.[3] Pada tahun 1896, Nobel meninggal disebabkan angin ahmar[4] di vilanya di San Remo, Itali di mana beliau telah menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya.[5][6][7]

Wasiat Nobel menyampaikan sebuah hasrat yang mengejutkan ramai orang, di mana wang peninggalannya akan digunakan untuk hadiah dalam bidang fizik, kimia, keamanan, fisiologi atau perubatan, dan kesusasteraan.[8] Walaupun Nobel telah menulis beberapa wasiat semasa hayatnya, wasiatnya yang terakhir ini telah ditulis setahun lebih sebelum beliau meninggal, dan ditandatangani di Kelab Sweden-Norway di Paris pada 27 November 1895.[9] Nobel mewariskan 94% dari jumlah asetnya iaitu sebanyak 31 juta krona Sweden (bersamaan dengan 186 juta dolar Amerika Syarikat pada 2008) untuk mewujudkan dan mendanai lima Hadiah Nobel.[10]

Seperti yang diikut pada wasiat Nobel, Yayasan Nobel ditugaskan secara utamanya untuk menguruskan harta peninggalan Nobel dalam bentuk dana.[5][11] Yayasan ini juga mewakili Hadiah Nobel di dunia luar serta menguruskan kegiatan dan isu tidak rasmi berkaitan penganugerahan Hadiah-Hadiah tersebut, namun ia tidak mepunyai sebaramg penglibatan dalam proses pemilihan penerima Hadiah-Hadiah ini.[11][12] Yayasan ini dikecualikan daripada semua cukai di Sweden (sejak 1946) serta cukai pelaburan di Amerika Syarikat (sejak 1953).[13]

Rujukan

WikiPedia: Yayasan_Nobel http://www.britannica.com/EBchecked/topic/416856/N... http://www.britannica.com/nobelprize/article-90560... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://resources.metapress.com/pdf-preview.axd?cod... http://www.schoolforchampions.com/biographies/nobe... http://nobelprize.org/ http://nobelprize.org/alfred_nobel/will/index.html http://nobelprize.org/nobel/alfred-nobel/biographi... http://nobelprize.org/nobel_organizations/nobelfou... http://nobelprize.org/nobel_organizations/nobelfou...