Kehidupannya Yazdegerd_III

Beliau menaiki takhta kerajaan pada bulan Jun 632M. Semasa menaiki takhta, beliau masih muda iaitu dalam lingkungan 20 tahun, beliau kurang berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan, seterusnya meletakkan kerajaan Sassanid terumbang-ambing. Selain itu pada masa pemerintahannya banyak terjadi kegoncangan di dalam kerajaan, akibat daripada perebutan takhta dan jabatan serta serangan dari khilafah Islam semakin menambah kegoncangan pemerintahannya. Dengan ketiadaan pemimpin yang cekap seperti sebelumnya, kerajaan Parsi akhirnya tumbang di bawah pimpinan Yazdegerd III. Pada masa pemerintahan Islam di bawah Umar bin Khattab, ia harus melarikan diri dari Istana Putih akibat dari serangan pasukan Islam di bawah Saad Bin Abi Waqqash.

Beliau meninggal pada masa kekhalifahan Utsman bin Affan, dibunuh ketika sedang berlindung di Merv pada tahun 651. Sebab akan kematianya masih menjadi kontroversi.

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Berkaitan