Biografi Yazid_bin_Abu_Sufyan

Yazid bin Abu Sufyan ialah anak Abu Sufyan bin Harb dan saudara lelaki Muawiyah I. Beliau tidak seharusnya dikelirukan dengan Yazid bin Muawiyah yang menjadi khalifah pada zaman pembunuhan cucu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Husain bin Ali RA.

Yazid ialah seorang daripada empat panglima Muslim yang dihantar Khalifah Abu Bakar RA bagi menawan Syria Romawi (Levant) pada tahun 634 M. Beliau dilantik gabenor Damsyik selepas penaklukan kota itu pada tahun 634 M. Yazid mengetuai sayap kiri tentera al-Rasyidin semasa berlakunya Pertempuran Yarmuk. Selepas kematian Abu Ubaidah bin al-Jarrah akibat wabak pada tahun 639 M, Muaz bin Jabal RA dilantik gabenor Syria; Muaz juga maut akibat wabak dan diganti Yazid oleh Khalifah Umar al-Khattab RA, namun Yazid juga meninggal dunia akibat wabak pada tahun 640 M.

Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.