Ya̧nomamö
Ya̧nomamö

Ya̧nomamö

Ya̧nomamö merupakan sejumlah populasi penduduk asli di Amerika Selatan. Mereka mendiami hutan hujan Amazon, di bukit-bukau di sempadan Brazil dan Venezuela. Disebabkan pendudukan mereka yang terpencil, mereka kekal sukar dihubungi dengan dunia luar sehingga awal kurun ke-20. Ini telah membenarkan mereka mengekalkan beberapa aspek kebudayaan mereka yang ledakan populasi dan peningkatan kemewahan material telah hapuskan di dunia luar. Akibatnya, Yanomamö telah menjadi kumpulan yang paling mendalam dikaji oleh sains moden. Perkataan Ya̧nomamö bererti 'manusia' dalam bahasa mereka. Perkataan ini dikatakan disebut melalui hidung (nasalisation). Bunyi fonik 'ö' tidak wujud dalam huruf Inggeris dan akibatnya mendorong kepada beberapa cara Ya̧nomamö dieja dan disebut. Sesetengah ahli antropologi telah menerbitkan ejaan Yanomamɨ, tetapi kerana kebanyakan pencetak dan pengatur huruf (typesetter) menghapuskan tanda diakritik, sebutan salah 'Yanomamee' telah wujud.Kebanyakan maklumat cara hidup Ya̧nomamö dalam rencana ini betul sebelum 1960-an. Hubungan berkekalan dengan mubaligh, pegawai kerajaan, pelombong, pemberita, pelancong, ahlil antropologi dan yang lain telah mendorong perubahan besar dalam cara hidup mereka. Ia patut disedari bahawa terdapat kelainan yang besar wujud antara satu kampung dengan kampung yang lain. Sentiada terdapat individu dan masyarakat yang melanggar peraturan dan dengan itu berbeza dengan apa yang diterangkan di bawah.