Yeo Bee Yin
Yeo Bee Yin

Yeo Bee Yin

Yeo Bee Yin (Cina ringkas: 杨美盈; pinyin: Yáng Měiyíng; lahir 26 Mei 1983) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam pakatan pemerintah Pakatan Harapan (PH). Yeo kini ialah Ahli Parlimen Bakri di Johor. Terdahulu, beliau ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk kerusi DUN Damansara Utama untuk tempoh satu penggal, dari 2013 hingga 2018.Yeo telah dipilih sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar pada 2 Julai 2018, sebagai sebahagian daripada Kabinet ke-7 Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[1] Kementerian kemudiannya dinamakan semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 2 Ogos 2018 untuk tujuan kemudahan akronim.[2]

Yeo Bee Yin

Kabinet Kabinet Malaysia 2018
Didahului oleh Cheah Wing Yin (DAPPR)
Lahir (1983-05-26) 26 Mei 1983 (umur 36)
Batu Anam, Daerah Segamat, Johor, Malaysia
Pasangan Lee Yeow Seng (berkahwin 2019)
Kediaman Damansara
Majoriti 23,211 (2018)
Digantikan oleh Jamaliah Jamaluddin (DAPPH) (kini Bandar Utama)
Timbalan Isnaraissah Munirah Majilis
Profesion Jurutera bidang
Laman sesawang yeobeeyin.com
Pekerjaan Ahli politik
Raja Al-Sultan Abdullah
Muhammad V
Parti politik PH-DAP
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Alma mater Universiti Teknologi Petronas
Universiti Cambridge