Yeongnamdaero
Yeongnamdaero

Yeongnamdaero

Yeongnamdaero, atau Jalan Besar Yeongnam ialah salah satu jalan utama Korea semasa Dinasti Joseon, 1392-1910. Ia merentang di antara Hanseong (Seoul moden) dan Dongnae (di Busan moden). Secara umum, ia berfungsi menghubungkan wilayah Gyeongsang dengan ibu kota. Ia mengambil namanya daripada Yeongnam, nama alternatif untuk wilayah Gyeongsang. Selain pegawai dan pedagang, jalan itu digunakan oleh para sarjana dari Gyeongsang dalam perjalanan ke dan dari gwageo, peperiksaan kebangsaan yang diadakan di ibu kota.Sebilangan besar jalan raya tersebut telah musnah pada abad ke-20. Walau bagaimanapun, beberapa bahagian kecil telah terpelihara. Yang paling terkenal ialah Mungyeong Saejae, iaitu jalan melintasi Pergunungan Sobaek.

Yeongnamdaero

Hanja 嶺南大路
Hangul 영남대로
McCune–Reischauer Yǒngnam Taero
Perumian Semakan Yeongnam Daero