Yoasobi

Yoasobi (digayakan dengan semua huruf besar) adalah duo muzik Jepun yang terdiri daripada penerbit Vocaloid (perisian synthesizer suara) Ayase dan penyanyi-penulis lagu Ikura (Lilas Ikuta). Kumpulan ini telah mengeluarkan lagu berdasarkan cerpen yang disiarkan di Monogatary.com, sebuah laman web yang dikendalikan oleh Sony Music Entertainment Jepun, kemudian juga dari pelbagai novel dan ikatan buku.Duo ini memulakan debut dengan single "Yoru ni Kakeru" pada Disember 2019. Ia berjaya di carta muzik di Jepun dengan menduduki tangga teratas selama tiga minggu berturut-turut dan akhir tahun 2020 di Billboard Japan Hot 100. Debut extended play (EP) mereka iaitu The Book telah dikeluarkan pada Januari 2021 dan mencapai nombor dua di Carta Album Oricon dan Billboard Japan Hot Albums.

Rujukan

WikiPedia: Yoasobi http://www.yoasobi-music.jp https://www.fashionsnap.com/article/2021-06-14/ut-... https://www.nikkansports.com/entertainment/news/20... https://twitter.com/Ayase_0404/status/136093986009... https://twitter.com/YOASOBI_staff/status/134463912... https://twitter.com/ikutalilas/status/136529054853... https://www.uniqlo.com/jp/ja/contents/feature/yoas... https://www.youtube.com/watch?v=vqsK-bdAoqU https://www.moshimoshi-nippon.jp/ja/393144 https://www.yoasobi-music.jp/profile