Karier Yoon_Bo-mi

Bo-mi dan Kim Nam-joo diperkenalkan sebagai ahli kumpulan, Apink melalui rancangan realiti, Apink News.[3]

Pada tahun 2012, Bomi membuat penampilan kameo sebagai Moon Jung-mi sewaktu muda dalam episod 9 drama tvN, Reply 1997 yang dibintangi rakan sekumpulan, Jung Eun-ji.[4] Beliau juga menjadi pengacara dalam rancangan varieti, Weekly Idol dari 17 Julai 2013[5] sehingga 8 Julai 2015.[6] Pada lewat tahun 2013, beliau muncul dalam video muzik K-Hunter untuk lagu "Marry Me" dan tampil dalam lagu M.I.B, "Let's Talk About You".[7][8]

Beliau telah dipilih untuk rancangan varieti, The Human Condition pada tahun 2014[9] dan muncul dalam istimewa wanita Real Men pada awal tahun 2015.[10][11] Pada tahun 2015, beliau ditampilkan dalam lagu David Oh, "I Know, I Know", dikeluarkan pada 11 Mei,[12] dan pada 16 Jun, mengeluarkan lagu duet bersama Im Seulong bertajuk "Lovely" untuk rancangan varieti, Some Guys, Some Girls.[13] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam lagu Yoon Hyun-sang, "Let's Eat Together" yang dikeluarkan pada 24 September. Beliau juga membintangi video muzik lagu ini.[14]

Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk drama web KBS, Love Detective Sherlock K sebagai Yuna.[15] Yoon dan Kim muncul dalam Sugar Man sebagai Apink BnN pada 20 Oktober.[16] Dalam episod terakhir Weekly Idol pada tahun 2015, Yoon menjadi pengacara tetamu keempat.Pada bulan Januari, Yoon dan Kim berada dalam perbincangan untuk menjadi pengacara baru Tasty Road 2.[17]

Rujukan

WikiPedia: Yoon_Bo-mi http://www.allkpop.com/article/2015/10/b1a4-and-a-... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2015/09/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2011/... http://entertain.naver.com/read?oid=213&aid=000071... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2014080300... http://www.soompi.com/2016/01/28/a-pinks-namjoo-an... http://www.asiatoday.co.kr/view.php?key=2015061600... http://www.asiatoday.co.kr/view.php?key=857429 http://star.mbn.co.kr/view.php?no=1222142&year=201... http://star.mk.co.kr/new/view.php?mc=ST&no=153443&...