Plot Young_and_Dangerous

Cerita bermula apabila sekumpulan remaja cuba bermain bola sepak apabila mereka di tahan oleh ketua kongsi gelap kawasan itu Kwang. Seorang lagi ketua kongsi gelap Bee, yang baik telah menyelamatkan mereka daripada di pukul lagi teruk dan Bee telah membuat keputusan supaya mereka menyertainya di Kumpulan Hung Hing. 10 tahun selepas itu, mereka yang di ketuai oleh Ho Nam, dan Chicken sebagai orang kanan telah cepat naik menjadi ketua kongsi gelap. Mereka menghabiskan masa mereka dengan berjudi, minum arak, mengacau perempuan. Smartie telah mencuri kereta Hong Nam dan tidak lama selepas itu mereka menjadi pasangan kekasih. Presiden Kumpulan Hung Hing, membuat keputusan untuk menghantar Ho Nam dan kawan-kawanya ke Macau untuk melaksanakan satu perjanjian. Semasa perjalanan ke sana, mereka terperangkap yang telah di rancang awal-awal oleh beberapa ahli kumpulan Hung Hing. Ho Nam mesti membersihkan nama nya dan menuntut bela atas kematian beberapa kawan baik nya.