Yuan

Yuan (元) ialah unit asas mata wang moden negara China iaitu Renminbi dan Dolar Baru Taiwan. Yuan (secara harfian bererti objek bulat) merujuk pada duit syiling perak, bulat berlubang di tengah dan digunakan sejak Dinasti Qing lagi. Arca dan bentuk berubah mengikut masa. Syiling Yuan digunakan secara meluas apabila penjelajah Eropah datang berdagang ke negara China. Mata wang ini banyak beredar di Asia Tenggara sejak abad ke-17 terutama di Filipina dan pulau Guam.Satu yuan boleh dibahagikan kepada 10 jiao (角) manakala satu jiao boleh dibahagikan kepada 10 fen (分).