Kerjaya Yun_Ho-jung

Lahir di Gapyeong pada 1963, Yun menghadiri Sekolah Tinggi Chuncheon.[2] Beliau lalu belajar falsafah di Universiti Kebangsaan Seoul pada 1980-an. Beliau ditahan pada 1984 sesudah terlibat dalam Peristiwa fraksi SNU;[3] tokoh lain-lain yang terkenal mengandungi Rhyu Si-min,[4] Paek Tae-woong[5] dan Shim Jae-chul.[6]

Kerjaya politik bermula pada 1988 sebagai penolong pentadbir Pejabat Perancangan & Penyelarasan Parti Demokratik Keamanan.[2][7] Sejak itu, beliau merapat kepada pengerusi parti iaitu Kim Dae-jung (aka DJ) yang dipilih sebagai Presiden Republik.[2] Beliau pernah bekerja di Pejabat Presiden di bawah Presiden Kim, terutamanya mengendalikan isu-isu berkaitan perancangan dasar.[2] Semenjak 1991, beliau juga menjadi setiausaha kepada bekas MP Han Kwang-ok, seorang tokoh pro-DJ yang terkenal.[8]

Sebagai seorang ahli Parti Demokratik Alaf (MDP), Yun pernah bertanding sebagai calon MP untuk Guri pada pilihan raya 2000 tetapi tidak dipilih.[8] Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai timbalan jurucakap MDP.[8] Beliau lalu keluar daripada MDP menyertai Parti Kita Terbuka. Pada pilihan raya 2004, beliau barulah dipilih ke Perhimpunan Kebangsaan.[2][7]

Meskipun tidak dipilih pada pilihan raya 2008, Yun membantu Parti Demokratiknya bersekutu dengan Parti Buruh Demokratik, Parti Korea Kreatif, Parti Baru Progresif dan Parti Penyertaan Nasional pada pilihan raya tempatan 2010.[2] Berikutan pemilihan semula pada pilihan raya 2012 sebagai calon Parti Bersatu Demokratik (DUP), beliau bekerja demi penyatuan di antara calon DUP Moon Jae-in dengan calon bebas Ahn Cheol-soo pada pilihan raya presiden pada Disember.[2] Pada 2013, beliau bertanding sebagai calon Naib Presiden DUP tetapi tidak dipilih.[7]

Setelah Moon Jae-in dipilih pada 2017, Yun dicadangkan sebagai calon berpotensi Menteri PKS dan Rintisan[9][10], malah tidak dilantik akhirnya. Pada September 2018, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama, sesudah kemenangan Lee Hae-chan sebagai Presiden partinya.[11]

Rujukan

WikiPedia: Yun_Ho-jung http://www.ohmynews.com/NWS_Web/view/at_pg.aspx?CN... http://m.raythep.com/Politicians/Plaza/View/224 http://www.storyofseoul.com/news/articleView.html?... http://www.hani.co.kr/arti/politics/assembly/93300... http://www.hani.co.kr/arti/society/society_general... http://www.vop.co.kr/A00000037137.html http://www.sbiztoday.kr/news/articleView.html?idxn... https://www.facebook.com/hojung.yun https://news.joins.com/article/1785942 https://news.joins.com/article/20520502