Yves_Leterme
Yves_Leterme

Yves_Leterme

Yves Camille Désiré Leterme (lahir 6 Oktober 1960) ialah seorang ahli politik Belgium, ahli Parti Demokratik dan Flanders Kristian (CD&V), dan juga Perdana Menteri Belgium terkini. Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Bajet, Pembaharuan Institusi, Pengangkutan dan Laut Utara dalam kerajaan persekutuan Belgium. Beliau juga bekas Presiden Menteri Flanders dan Menteri Pertanian dan Perikanan Flanders.Leterme memegang jawatan Perdana Menteri Belgium dari Mac hingga Disember 2008. Beliau pernah menjadi Menteri Hal-Ehwal Luar, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Belanjawan, Pembaharuan Institusi, Pengangkutan dan Laut Utara dalam kerajaan persekutuan Belgium, dan juga bekas Menteri-Presiden Flanders dan Menteri Pertanian dan Perikanan Flanders.Pada 14 Julai 2008, berikutan kegagalan menepati tarikh akhir untuk melaksanakan "pembaharuan perlembagaan" yang merangkumi penyambungan penurunan kuasa kepada tiga komuniti bahasa dalam negara ini, Leterme menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Raja Albert II, ketua negara Belgium. Pada 17 Julai, setelah sibuk berunding dengan para pemimpin parti politik, kesatuan sekerja dan persatuan pekerja, Raja Albert menolak perletakan jawatan Leterme. Sebaliknya, baginda melantik suhuranjaya tiga wakil komuniti bahasa untuk mencari jalan untuk memulakan semula proses pembaharuan.[1]Pada 19 Disember 2008, Leterme sekali lagi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Raja setelah menghadapi krisis penjualan syarikat kewangan Fortis kepada BNP Paribas.[2] Pada 22 Disember 2008, Raja Albert II menerima perletakan jawatannya serta seluruh kerajaan pimpinannya. Beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga 30 Disember, setelah Herman Van Rompuy dilantik sebagai penggantinya.[3] Pada 24 November 2009, diumumkan bahawa Leterme mengambil balik jawatan Perdana Menteri dari Van Rompuy yang dilantik sebagai Presiden Majlis Eropah pertama.[4]Pada 22 April 2010, Leterme sekali lagi menawarkan perletakan jawatan kepada Raja Albert II setelah parti Open VLD menarik balik sokongannya dari kerajaan campuran.[5].

Berkaitan