Biodata Yves_Saint_Laurent_(pereka_fesyen)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Oran, pada 1 Ogos 1936.

Kerjayanya sebagai pereka fesyen

Pembabitannya dalam dunia fesyen bermula pada usianya 17 tahun iaitu apabila beliau memenangi tempat pertama pada pertandingan rekaan fesyen yang dianjurkan oleh International Wool Secretariat. Kemudian, beliau menyertai Chambre Syndicale School namun beliau hanya sempat belajar selama tiga bulan sahaja kerana rezekinya bukan di sekolah tersebut.

Christian Dior melamarnya bekerja apabila bakatnya terserlah pada hasil rekaannya yang berjaya memikat hati pereka tersebut. Saint Laurent melancarkan koleksi solo pertamanya pada 1958 iaitu koleksi Trapeze yang menampilkan ilham rekaan pakaian wanita baru yang mana bahagian bahu rendah dan melebar. Pada 1962, beliau menubuhkan butik fesyen sendiri bersama rakan kongsinya, Pierre Gerge.

Beliau mengembuskan nafas terakhir bersama rakan kongsinya pada Ahad, 1 Jun 2008.