ZOY
ZOY

ZOY

Takluk JagatRalat ungkapan: Pengendali < tidak dijangkaMohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke akhir hayatnya. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyingkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI (awal penerbitan), beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.Karya terakhir beliau ialah Permata dan Keris Gajah Sewu yang tidak sempat dihabiskan setelah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat Sepsis Secondary to Respiration Pneumonia.

ZOY

Nama samaran ZOY
Kewarganegaraan Malaysia
Meninggal dunia 5 Mei 2016
HTAR, Klang
Karya terkenal Pendekar Sijangkang

Takluk Jagat

Ayoko
Kelahiran Mohd Zohri Sukimi
23 Januari 1959
Kg. Sijangkang, Banting