Zafrul_bin_Abdul_Aziz
Zafrul_bin_Abdul_Aziz

Zafrul_bin_Abdul_Aziz

Yang Berhormat Mulia SenatorTengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli Dewan Negara, pelabur dan tokoh korporat Malaysia yang kini dilantik ke dalam kabinet Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020.[2][3] Beliau sebagai pengurus bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah bank universal ASEAN terkemuka, serta pemimpin dunia dalam kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga Tbk.Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di Asia Pasifik.[5] Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia,[6] sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara[7] di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.

Zafrul_bin_Abdul_Aziz

Raja Al-Sultan Abdullah
Lahir YM Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
(1973-06-25) 25 Jun 1973 (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
Timbalan Yang Berhormat Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan I
Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar Abdullah
Timbalan II
Pekerjaan Menteri Kewangan Malaysia
Didahului oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng
Alma mater Universiti Bristol
Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Exeter
Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan
Universiti Tsinghua
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua)
Pasangan YM Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad
Kawasan pilihan raya Senator
Profesion Jurubank
Parti politik      BEBAS
Nilai bersih Lebih RM20 juta[1]
Anak-anak 4
Gaji RM62,077.20 sebulan[1]
Saudara Mustafa Albakri Hassan (Moyang)
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara)
Zahim Albakri (Bapa saudara)
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Rujukan

WikiPedia: Zafrul_bin_Abdul_Aziz http://www.kasiviral.kini.blog/2020/03/09/daripada... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kini-masan... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/pelan-pemu... http://www.uschos.com/ulls-vote/tengku-zafrul/ http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=183... https://arrisalah-elbi.blogspot.com/2014/01/769-te... https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2020-0... https://www.cimb.com/en/who-we-are/leadership/boar... https://www.facebook.com/tzafrulaziz