Sinopsis Zahir_Tak_Terucap

Mengisahkan kehidupan dua adik- beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang bersaing merebut cinta Aisyah (Raysha Rizrose), namun kehadiran Aireen (Chacha Maembong) cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.